 |
 |
 |
 |
 |
|
Nov 12, 2006
MEMAHAMI TANZIM HARAKI
Maksud tanzim:
Dari segi bahasa membawa maksud mengumpulkan, menyusun dan menyelaraskan sesuatu.Manakala dari sudut istilah, tanzim haraki ialah sekumpulan manusia yang wujud secara tersusun dengan matlamat-matlamat tertentu, mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain dan mempunyai qiadah(pimpinan) yang melaksanakan urusan serta merancang gerak kerja untuk mencapai matlamat-matlamat mereka berdasarkan satu undang-undang yang berkaitan hak-hak dan kewajipan ahli serta qiadahnya.
Mengapa perlu wujudnya tanzim?
Kewujudan tanzim haraki adalah wajib di sisi syarak. Islam dapat direalisasikan dengan gemilang pada zaman Rasulullah dengan mempunyai satu jamaah yang tersusun dari sudut anggota, qiadah, matlamat dan wasilah yang diambil. Sebagai individu muslim, kita perlu ada sikap amal ma'ruf nahi mungkar dalam melaksanakan syiar Islam. Oleh itu, kemungkaran yang berlaku tidak dapat dilaksanakan secara individu sahaja tetapi perlukan sokongan secara berjamaah.
Tanzim haraki dibenarkan syarak kerana ia penting sebagai satu wasilah untuk menegakkan dan melaksanakan undang-undang syariat. Apabila hukum-hakam Islam tidak dilaksanakan dengan baik maka menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk mengubah dan membaiki kelemahan sehingga hukum-hakam Islam terlaksana semula dalam masyarakat. Kewajipan yang besar ini hanya dapat dilaksanakan secara berjamaah dan tersusun.
Selain itu, kita hidup perlu saling menolong antara satu sama lain, bersatu atas dasar aqidah dan menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemimpin dan penolong. Oleh itu, kita perlu tolong menolong dan saling membantu secara jamah yang tersusun. Rasulullah s.a.w juga adalah contoh terbaik dalam membentuk satu tanzim Islami yang berjaya sehingga membentuk satu daulah Islamiyah. Menggabungkan diri dalam tanzim adalah satu tuntutan untuk memberikan wala' kepada pimpinan muslim yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w sehingga tanzim ini mempunyai kekuatan untuk melawan dan menghapuskan kemungkaran sampai ke akar umbinya.
Kepentingan tanzim haraki diwujudkan:
1. faktor kejayaan jamaah.
- menolong jamaah mencapai matlamat.
2. menjadi kekuatan kepada jamaah dalam melaksanakan gerak kerja untuk membuahkan hasil yang baik.
3. mengumpulkan kemahiran dan kemampuan dalam satu gerak kerja yang tersusun.
- kemahiran seperti akademik, pengurusan dan kepimpinan dikumpulkan untuk menghasilkan satu gerak kerja yang tersusun dan kuat bagi membuahkan satu hasil yang mantap.
4. melindungi individu daripada aliran-aliran yang memusuhi Islam serta mengumpul kekuatan dan kesedaran.
- hidup berseorangan memudahkan individu untuk terpengaruh dengan cabaran hidup.
5. mendorong individu untuk bekerja.
- sentiasa mempunyai kerja-kerja untuk Islam.
6. mengurangkan kesakitan dan kesusahan bersama-sama.
- setiap individu dalam tanzim akan sentiasa menghulurkan pertolongan jika mempunyai masalah dan saling menasihati antara satu sama lain.
7. menguatkan hubungan sosial dan melahirkan akhlak yang baik.
- dalam melakukan kerja secara berjamaah, sikap buruk seperti mementingkan diri sendiri dapat dielakkan.
8. membekalkan individu dengan pengalaman yang berguna seperti sir(kerahsiaan), hazar(berhati-hati).
9. memberikan kesan dalam kehidupan peribadi seseorang individu yang sentiasa mahu berada dalam keredhaan Allah s.w.t.
10. mempunyai pentarbiyahan yang lengkap dan sempurna.
11. bekerja untuk mengembalikan kehidupan Islam.
- mewujudkan semula syariat Islam seperti pada zaman Rasulullah s.a.w dalam masyarakat kini.
12. tanzim adalah sumber kekuatan umat Islam.
- kekuatan secara berjamaah lebih memberikan kesan dan matlamat dapat dicapai dengan baik serta kuat berdepan dengan musuh.
ALANG,
Rawang, Selangor
Posted at 12:39 pm by lauzaie
Permalink
PRA-SYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYYAH
PRA-SYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYYAH
1) Kelayakan peribadi golongan yang terlibat di dalam kegiatan sesebuah rancangan Harakah Islamiyah:
v Pemahaman Islam secara menyeluruh
v Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam terutama dari segi Aqidah
v Memiliki sifat peribadi yang bersesuaian dengannya (Syakhsiyyah Fardiyyah Solehah)
v Menjadikan Islam sebagai matlamat hidup dan bersedia untuk mengorbankan masa,harta,jasad dan juga jiwa mereka.
2) Kelayakan yang diperlukan pada sesuatu jamaah atau gerakan yang memperjuangkan Islam
v Ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwwah),berprasangka baik antara satu sama lain,kejujuran,simpati,berbuat kebajikan dan berkorban antara satu sama lain.
v Bermusyawarah (Al-syura) dalam mengatur kerja dan tindakan.
Peraturan dalam musyawarah:
· beri pendapat dengan ikhlas dan tidak menyembunyikan apa-apa.
· Setelah keputusan diambil,individu yang mempunyai pendapat yang bertentangan hendaklah menerima dengan hati terbuka.
· Bertindak mengikut perkara yang telah diputuskan.
v Berdisiplin,bekerjasama dan mempunyai semangat berjamaah.
v Menegur dan mengkritik dengan tujuan perubahan,dilakukan dengan cara dan adab yang betul bagi megelakkan kesilapan terus berlaku.
3) Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan dalam usaha memperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam :
v Menjaga hubungan dengan Allah (hablum minallah) dan bekerja untuk mencari keredhaanNya.
v Mengingati Hari Akhirat dan sentiasa menyedari bahawa tiada pembalasan kecuali di Hari Kemudiaan.
v Memiliki peribadi yang menarik dan budi pekerti yang mulia.
v Tabah,sabar dan tetap pendirian.
v Bijaksana dan berupaya memahami setiap masalah yang timbul
4) Kesalahan-kesalahan besar :
v Sombong (Takabbur)
v Menunjuk-nunjuk (Riya’)
- merupakan tudung syirik
- matlamatnya hanya untuk mendapat penghargaan duniawi semata-mata.
v Berniat buruk
- terutama bagi yang memegang kuasa,menggunakan kuasa yang ada dengan betul tanpa meninggalkan prinsip-prinsip Islam
5) Kelemahan-kelemahan diri manusia :
v Mementingkan diri sendiri
v Tabiat tidak seimbang
· Dari segi pemikiran dan pandangan
· Memahami sesuatu dari satu sudut sahaja.
· Keadaan yang tidak bersesuaian dengan jamaah menyebabkan berlakunya pecah-belah.
v Pemikiran yang sempit
· Mudah terpengaruh dengan kata-kata yang tidak baik
· Boleh menimbulkan perpecahan
v Membuat keputusan yang lemah
· Pada mulanya bersemangat untuk melakukan sesuatu tetapi kemudiannya mundur
· Sikap cuba mengelakkan diri dari mengambil tanggungjawab
USU
Kerinchi, Kuala Lumpur
Posted at 12:37 pm by lauzaie
Permalink
KEWAJIPAN BERAMAL UNTUK ISLAM
KEWAJIPAN BERAMAL UNTUK ISLAM
Setelah kejatuhan khilafah Islamiah pada 1924, telah menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk mengembalikan khilafah Islamiyyah agar semua syariat Allah dapat dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya. Sistem khalifah ini berperanan untuk mengetuai segala tindak tanduk umat Islam seluruhnya. Oleh kerana itu, beramal untuk Islam perlu dilaksanakan dan menjadi wajib atas setiap kaum muslimin. Kewajipan ini adalah bersifat taklik kepada semua umat Islam dan bukan bersifat sukarela.
Kewajipan ini dikatakan bersifat taklik atas setiap muslim kerana beramal untuk Islam adalah matlamat asasi bagi semua taklifan yang telah Allah tetapkan kepada kaum muslimin. Dahulunya kewajipan ini diserahkan kepada para anbia' dan para rasul. Seterusnya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w dan hingga kini apabila khilafah telah jatuh, kewajipan ini jatuh atas setiap pundak kaum muslimin. Susunan ini perlu difahami supaya tidak timbul kenyataan bahawa kewajipan untuk beramal terletak pada satu golongan sahaja dan golongan yang lain terlepas dari tanggungjawab ini.
Dari sudut hukum pula, beramal untuk Islam menjadi wajib selagi belum wujud masyarakat Islam dan hukum Allah tidak dilaksanakan. Ini didasari dengan kaedah syarak yang menyatakan bahawa "Apabila kesempurnaan sesuatu yang wajib itu terhenti kepada wujudnya suatu perkara lain, maka perkara tersebut adalah wajib". Kita melihat dengan jelas pada hari ini masyarakat Islam tidak dapat diwujudkan dengan sempurna kerana kerajaan yang memerintah umat Islam telah menggunakan system-sistem ciptaan manusia. Oleh itu, tuntutan mewajibkan umat Islam melaksanakan amal Islami jelas semata-mata untuk mengembalikan pemerintahan jahiliah kini kepada pemerintahan yang dituntut oleh syarak seterusnya dapat melaksana dan mengamalkan hukum-hukum Allah.
Jika dilihat daripada sudut maqasid syar'iyyah, beramal untuk Islam menjadi sesuatu perkara dharuri kerana umat Islam perlu mempertahankan Islam daripada ancaman cabaran dan serangan pemikiran (ghazwul fikri) yang dimainkan pihak musuh Islam. Dalam hal ini, perlu wujud tentangan daripada kaum muslimin kerana tegaknya penentangan Islamiah ini adalah taklif syar'ie yang tidak boleh dipandang ringan. Penentangan ini menunjukkan bahawa umat Islam tidak akan tunduk kepada sebarang system jahiliah, sekaligus mengembalikan keizzahan Islam yang kini berada dalam krisis dalam semua aspek meliputi aspek politik, ekonomi, social, akhlak, aqidah dan aliran pemikiran. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Anfal, ayat 39 :
"Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah."
Untuk memahami dengan lebih jelas lagi, taklifan syar'ie untuk bekerja dan beramal untuk Islam ini adalah wajib secara individu dan jemaah. Wajib secara fardi (individu) bermaksud bahawa semua manusia itu bertanggungjawab untuk berkorban dan memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada Islam. Manakala wajib secara jemaah adalah satu implikasi daripada wajib secara fardi. Ini kerana, beramal untuk Islam memerlukan kewujudan jemaah yang didokongi sesama umat Islam sebagai satu gerakan supaya perlaksanaan amal Islami menjadi lebih berkesan dan komprehensif. Perlaksanaan secara individu sahaja amat berat kerana memerlukan pengorbanan dari segala segi, baik harta, jiwa, masa dan tenaga. Dalam sirah, Rasulullah s.a.w juga menghadapi ancaman jahiliah secara berjemaah iaitu dengan para sahabat. Hal ini menunjukkkan, beramal untuk Islam memerlukan satu organisasi (tanzim haraki) supaya memenuhi segala sudut kualiti dan kuantiti yang dikehendaki untuk menegakkan Islam.
Satu perkara yang perlu difahami semasa beramal untuk Islam ialah jihad yang dilakukan adalah untuk diri sendiri. Hakikatnya, Islam tidak memerlukan sesiapa atau apa-apa, tetapi kita yang memerlukan Islam. Berjihad dan berjuang bererti mereka bertindak memebersihkan diri dan jiwa mereka disamping menunaikan sebahagian hak-hak Allah terhadap diri mereka. Haruslah diingat, bahawa nilai dan kemuliaan yang ada pada setiap manusia itu hanyalah apabila mereka menggabungkan diri mereka kedalam Islam dan menunaikan semua tanggungjawabnya terhadap Islam.
Sebagai kesimpulannya, beramal untuk Islam itu adalah wajib secara taklik keatas semua individu muslim. Adalah menjadi satu dosa disisi syariat sekiranya terdapat kecuaian dalam beramal atau kecuaian kerana berdiam diri dari beramal. Bersama-samalah kita berfikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk bermula dan terus bekerja untuk Islam.
UDA,
Kajang, Selangor
Posted at 12:35 pm by lauzaie
Permalink
WALA’: ELEMEN PENYATUAN UMMAH
WALA’: ELEMEN PENYATUAN UMMAH
Wala berasal dari kata kerja al-Wala’ yang membawa maksud al-mahabbah, kasih-sayang, tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan persefahaman untuk bermuafakat dalam sesuatu perkara.
Manakala dari sudut syara’ nya adalah kesetiaannya seseorang Muslim kepada saudara seagamanya sama ada sebagai seorang pemimpin, imam hatta kawan sekalipun.
Ada beberapa golongan yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t untuk kita memberi wala’. Golongan tersebut adalah:
1) Orang kafir
2) Orang lain daripada kalangan mu’min (termasuk juga ahli kitab)
3) Orang munafiqin
4) Orang-orang Yahudi dan Nasrani
5) Orang yang mempermainkan agama dan fasiq
6) Keluarga terdekat yang memilih kekufuran
7) Golongan pembohong
8) Musuh Allah dan musuh umat Islam
Berdasarkan senarai di atas,adalah jelas wala’ tidak berlaku dalam organisasi semata-mata. Sungguhpun begitu Allah juga telah menggariskan supaya kita berhati-hati dalam memberi wala’ kepada pemimpin dalam sesebuah organisasi. Akan tetapi, setelah kita memberi kesetiaan terhadap seseorang, adalah wajib untuk kita patuh dan bekerjasama dalam mencapai matlamat Islam. Umat Islam dianjurkan untuk berwaspada supaya tidak terkeliru dalam memberi wala’ antara organisasi Islam dan organisasi-organisasi selainnya.
ANGAH,
Sentul, Selangor
Posted at 12:23 pm by lauzaie
Permalink
JEMAAH ISLAMIAH
Memimpin dunia dan mengarahkan manusia seluruhnya kepada sistem kehidupan Islam dan pengajaran-pengajarannya merupakan salah satu matlamat utama sesuatu Jemaah itu ditubuhkan. Kita tidak boleh beranggapan bahawa pembinaan Jemaah ini adalah Jemaah Muslimin yang sebenarnya, seperti yang dimaksudkan dalam hadith-hadith. Sesungguhnya kita perlu sedar bahawa ia hanyalah merupakan satu medium pemangkin yang bertindak sebagai tunjang untuk mewujudkan sebuah Jemaah Muslimin. Kewujudan Jemaah ini sebenarnya hanya dapat direalisasikan dengan pertolongan Allah S.W.T sahaja.
Berikut merupakan beberapa syarat yang telah digariskan dalam pembentukan Jemaah Muslimin itu sendiri. Antaranya ialah :
Ø Syarat keanggotaannya tidak boleh disamakan dengan syarat-syarat Islam
-Apabila seseorang itu hendak menganggotai Jemaah, kita tidak boleh memilih yang hanya sempurna tentang Islam dari sudut ilmu, hukum-hakam dan sebagainya tetapi kita boleh menerima seseorang itu walaupun dia kekurangan ilmu agama asalkan dia mempunyai keikhlasan untuk melaksanakan gerak kerja Islam.
Ø Syarat-syarat keluar dari Jemaah adalah tidak sama dengan syarat-syarat riddah.
Ø Jemaah berhak mewajibkan anggotanya melaksanakan beberapa kewajipan melebihi dari kewajipan-kewajipan dalam Islam sepeti mematuhi peraturan-peraturan dalaman dan program-program tertentu.
-Kewajipan dalam Islam adalah tetap dan qat’ie yang wajip dilaksanakan seperti solat, puasa dan sebagainya. Semua ini merupakan perkara-perkara Thawabit. Tetapi dalam hal pengurusan tanzim dan tarbiyah harakiah, Jemaah boleh mewajibkan sesuatu warta atau peraturan seperti kewajipan menjaga sirr, menjaga maklumat, warta-warta disiplin Jemaah dan lain-lain. Oleh itu, ia juga menjadi kewajipan bagi ahli untuk melaksanakannya.
Ø Jemaah berkewajipan untuk mewujudkan khilafah terlebih dahulu untuk melaksanakan tugas-tugas kekhilafahannya. Sebelum itu Jemaah tidak dituntut untuk melaksanakan keseluruhan tugas-tugas tersebut.
-Sebagai contoh hukum hudud. Selagi kita tidak menegakkan khilafah, selagi itulah kita tidak wajib menunaikan hukum hudud itu. Walau bagaimanapun, kita mesti melaksanakan ruh hudud itu sendiri yakni amar maaruf dan nahi mungkar. Jadi, amar maaruf dan nahi mungkar itu hanya sebahagian tugas yang kita dapat lakukan. Tugas-tugas yang lain dapat dilakukan dengan terlaksananya khilafah.
Ø Syarat-syarat ketua Jemaah dan tugas-tugasnya tidak boleh disamakan dengan syarat-syarat Amirul Mukminin dan tugas-tugasnya.
ADIK,
Hulu Langat, Selangor
Posted at 04:13 am by lauzaie
Permalink
Nov 6, 2006
Ulasan Buku : Golongan yang tercicir dari jalan dakwah.(Bahagian 1)
Permulaan : Ulasan buku haraki adalah suatu permulaan bagi penggerak harakah yang ditarbiah. Ulasan semestinya telah didahulukan dengan pembacaan, muzakarah, usrah dan analisis yang bertepatan dengan kondisi jamaah semasa.
Betapa cantiknya garapan Fathi Yakan seorang tokoh penggerak Islam Lubnan yang telah mengaitkan pertikaian jamaah-jamaah seluruh dunia, mengambil pengajaran dan dihurai secara bersahaja dalam setiap bab dan topik buku ini. Buku ini sewajarnya menjadi bahan utama pembacaan ahli dakwah yang telah memahami perjuangan Islam secara kolektif. Bagaimana seni mengurus manusia diselitkan dalam usaha memperbaiki dan mencegah kerosakan jamaah akibat kelemahan komponennya iaitu manusia.
Semestinya buku ini umpama kit atau tool box yang mengandungi pelbagai peralatan gantian, minyak pelincir serta ubatan untuk memperbaiki mesin pergerakan Islam. Melihat kepada komponan jamaah adalah manusia yang abstrak, maka perlu bagi kita menelusuri perjuangan dan sunnah penggerak harakah berpengalman seperti Ustaz fathi Yakan ini. Beliau walaupun berkelulusan Kejuruteraan Elektrik, amat berkarisma dalam melontar idea resolusi baik pulih jamaah antarabangsa.
Mengapakah beliau terlalu kritis memberi cadangan demi cadangan untuk pemerkasaaan jamaah antarabangs lain? Utamanya sikap beliau terlalu perihati kepada kemunduran dan kelemahan jamaah lain kerana pengalaman beliau yang terlalu luas. Beliau memberi contoh realitas dan gambaran jelas serta relaven sehingga hari ini rasanya.
Kali ini penulis hanya berhasrat untuk mengupas perihal kelemahan jamaah sehingga mengakibatkan keguguran ahli dari medan juang. Kelemahan tersebut ialah kelemahan perencanaan tarbiah.
Selalunya gerakan Islam hanya menyelitkan ruang kecil semata-mata untuk tarbiah. Kebanyakkan emosi dan akal diperuntukkan untuk pentadbiran, perkelahian serta siasah. Hal ini mneyebabkan ada pemimpin yang mengatakan kami tidak lagi perlu ditarbiah kerana telah jelas kami telah sampai ke tahap qiyadah dan tahap pemimpin. Kami juga kini hanya perlu mentarbiah orang lain bukan untuk diajar-ajar lagi. Ini simptom egois yang amat teruk melanda kini. Tambahan pula jamah kini kebanyakkannya tidak memperuntukkan tarbiah untuk golongan atasan. Tarbiah pula tidak konsisten dan dikawal.
Selalu juga tarbiah jamaah tidak diseimbangkan elemen utama tarbiah, seperti tarbiah saqafah (keilmuan), aqliyah(isu semasa), hilmun (kesopanan), siasiyah(Politik dan pentadbiran), jasadiyyah dan ruhiyyah (kerohanian) serta tarbiah praktikal tertentu. Maka lahirlah generasi yang tidak seimbang. Generasi yag berat sebelah mindanya. Generasi partial, berpemikiral structural dan tidak holistik. Ahli yang membezakan kelompok tarbiah dan siasah dalam jamaah. Tarbiah begini sememangnya bukan bertujuan membina fikrah homogenous (wahdah/kesatuan). Tarbiah begini hanya melepas batuk ditngga.
Ada pula pemimpin tidak berkasih sayang dalam mentarbiah. Mereka senang sahaja menyelar, memusuhi dan mengkelompokkan ahli mereka sendiri. Mereka langsung tidak seperti Baginda Rasul yang amat berkasih sayang. Mereka juga tidak istiqaah ingin menbentuk anak buah. Tidak konsisten mengawal, mengikuti perkembangan serta bertindak peka dengan kesusahan anak buah. Sekadar mengarah madu’ tunduk dengan buah-buah pegisiannya.
Ada juga pergerkan Islam memperuntukkan si penceramah tarbiah mehnah dan cabaran dalam Islam, tetapi bukan ahlinya. Pentarbiah ini langsung tidak pernah diuji, macam manakah boleh memberi petunjuk kepada orang lain? Sepatutnya bacaan sebeginilah perlu dikaji dan diteliti oleh pemimpin gerakan agar mereka tidak salah dalam percaturan ahli. Ahli lemah dan takut berjuang semuanya daripad pemimpin yang lemah.
Walaubagaimana sibuk pun peminpin atau ahli jamaah, Ustaz Fathi menyatakan kewajipan tarbiah tetap tidak luntur.
Moga ulasan ini ada kebaikkannya. Selamat membaca.
Ayah
Posted at 11:58 am by lauzaie
Permalink
JADUAL MENGAJI DI TAMAN MELEWAR (kuliah Harakiy/ilmiah)
|
|
ISNIN |
RABU |
JUMAAT |
SABTU |
|
Minggu 1 |
Dr Mahfuz
(Qanun Jenayah kitab Mufti Sabah) |
Mohd Hadi
(Usul Dakwah Abdul Karim Zaidan) |
Ustaz Ibrahim
(Tafsir Pimpinan Arrahman) |
|
|
Minggu 2 |
Ustaz Kamal Asyaari
(Usul 20 Hassan Al Banna) |
Ustaz Hassan Syukri
(Fiqh Daulah) |
Ustaz Ahmad Awang
(Tamadun Islam, wawasan Yusuf Al Qaradhawi) |
Tuan Guru Abdul Hadi
(Maalim Fit Toriq) |
|
Minggu 3 |
Ustaz Mohd Zin
(Sahih Bukhari) |
Ustaz Zulkifli Ismail
(Sekular) |
Ustaz Yusaini
(Aqidah dan Perjuangan) |
|
|
Minggu 4 |
Ustaz Idris Ahmad
(Sirah) |
Ustaz Nazri Chik
(Islam, Fikrah dan Harakah) |
Ustaz Awang
(Usul Fiqh) |
|
|
Minggu 5 |
Ustaz Nahjan
(Bingkisan Mutiara Abu A'la Maududi) |
|
|
|
daripada,
AYAH
Posted at 08:24 am by lauzaie
Permalink
KERANGKA KEILMUAN
Di sini adalah sedikit senarai kerangka untuk mencari ilmu dan menyampaikan ilmu sebagai seorang pendakwah.
---------------------------------------------------------------------------
BUDAYA ILMU
Keperluan individu
· Ilmu aqidah
· Ilmu feqah
· Ilmu sejarah
· Ilmu sains dan teknologi
· Ilmu IT
· Ilmu mempertahankan diri
· Ilmu membuat kertas kerja atau cadangan
· Sirah Nabawiyah
Kapabiliti peribadi
Kebolehan:
· Rapat dengan orang yang berilmu.
· Boleh bersosial melalui aktiviti seperti sukan.
Kelemahan:
· Masalah kekurangan duit.
· Kurang indhibat terutama dalam bidang membaca.
Ruang ilmu
a) Sumber Insan
· Kuliah maghrib
· Belajar kitab lama di masjid dan pondok
b) Media
· Buku
· Majalah
· Internet
· Surat Khabar
c) Lain-lain
· Seminar
· Bengkel
· Tamrin
Method Pemprosesan Ilmu
· Berdiskusi untuk lebih memahami ilmu yang dipelajari
· Membuat study group
· Membuat nota
· Membuat peta minda
· Penyampaian
· Tazkirah
· Risalah
· Ceramah
· E-mail
· SMS
ALANG
Posted at 08:04 am by lauzaie
Permalink
PERANAN AKHAWAT (7)
MEMERANGI PERKARA-PERKARA BID'AH , KHURAFAT, PEMBOHONGAN , PEMIKIRAN YANG SALAH DAN ADAB-ADAB YANG BURUK YANG TERSEBAR LUAS DI KALANGAN MUSLIMAH
Dakwah merupakan tanggungjawab setiap individu muslim tidak kira lelaki ataupun perempuan.Tapi hakikatnya muslimat tidak diletakkan taklifan untuk berdakwah,berbeza dengan kaum adam.
Tapi melihat kepada realiti dunia sekarang yang ketandusan pendakwah,di samping bilangan kaum hawa yang jauh melebihi kaum adam,ditambah pula dengan seruan Allah ta'ala dalam surah An-Nahlu ayat 125 "serulah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmah dan pengajaran yang baik........" , ia menjadi faktor pendesak bagi penyertaan muslimat dalam harakah islam yang menjadi asas kepada pembentukan bahagian akhawat.
Jika kita amati buku ' Prinsip-prinsip Amal Islami ' yang merupakan fikrah Assyahid Imam Hassan Al-Banna,kita akan dapati bahawa salah satu tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah untuk memerangi perkara-perkara bid'ah , khurafat, pembohongan , pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang tersebar luas di kalangan kaum muslimat. Antara langkah yang boleh diambil untuk memastikan tujuan ini terlaksana adalah dengan :
1) Menggalakkan para muslimat untuk menghidupkan semula minda mereka dengan pembacaan bahan-bahan berbentuk keagaman yang boleh kembali menerangi kegelapan yang selama ini menjadi punca kepada perkara khurafat dan sebagainya.
2) Mengadakan bengkel khusus yang memberikan penjelasan serta langkah penyelesaian kepada masalah muslimat berkaitan isu khurafat , bid'ah dan adab-adab buruk yang kebanyakannya diwarisi dari nenek-moyang mereka.
ANDAK
Posted at 03:28 am by lauzaie
Permalink
PERANAN AKHAWAT (6)
DALAM MEMBERIKAN BANTUAN MENURUT BATASAN KEMAMPUAN AKHAWAT BAGI MELAKSANAKAN RANCANGAN ISLAH UNTUK JEMAAH IKHWAN.
Akhawat adalah satu bahagian yang penting untuk memacu gerakan dalam syariat Islam. Selain daripada menjadi sayap kanan kepada pihak akhawan, mereka juga memainkan peranan dalam menjaga kepentingan masyarakat dan akhawat sendiri dari semua sudut. Mereka juga berperanan sama dengan lelaki dalam usaha membendung keburukan yang berlaku dalam masyarakat kerana ini adalah tanggungjawab setiap Islam. Akhawat beridentiti gemilang adalah menjadi idola dan sayap kiri dalam perjuangan Islam
Antara tindakan yang boleh dilakukan dalam usaha untuk memenuhi tuntutan agama untuk membaik pulih masyarakat :
· Menganjurkan minggu kesedaran
-diselitkan slot ceramah umum tentang kepentingan hidup bermasyarakat dan mengamalkan cara hidup Islam. Disamping menerangkan tanggungjawab perempuan dalam Islam.
· Mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah
-Memberi tasawur kepada remaja tentang Islam dengan cara yang sesuai dengan peringkat umur.
· Mengadakan program anak angkat
-Adalah fitrah akhawat untuk bersikap lemah lembut serta sopan santun. Ini menunjukkan akhawat lebih sesuai untuk menjaga hal-hal kekeluargaan dan lebih memenuhi citarasa warga emas. Disamping itu mereka harus menerapkan cara hidup Islam
Kesemua aktiviti di atas adalah antara cara yang boleh di laksanakan oleh akhwat dalam membantu jemaah ikhwan mengikut batas dan ketermampuan mereka.
ATEH
Posted at 03:17 am by lauzaie
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
lauzaie
CAHAYA LAUZAIE
kami mengalu-alukan BAHAN TARBIAH dari anda
Sila hubungi kami
melalui :
cahaya_lauzaie@yahoo.com
(^_^)
Ciri Dakwah Yang Realiti : >Rabbaniyyah
Syumul dan lengkap
Pemberian suatu pembaharuan
Penyelarasan antara kebendaan/materialisme dan kerohanian
Mudah, keterbukaan dan logik (pada perkara tertentu)
Keadilan Islam
Berperinsip pada perkara utama agama
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |