CAHAYA LAUZAIE = MENYULUH PEMIKIRAN ANDA


Nov 15, 2006
Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah

Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah

( Ulasan Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah)

 

Tokoh penggerak Islam Lubnan, Ustaz Fathi Yakan banyak mengkaji, mengupas tentang permasalahan ummat dan gerakan islam dalam buku-bukunya seperti golongan yang tercicir, permasalahan ini diselitkan pula dengan alternatif penyelesaian dalam karyanya Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan pendakwah. Buku ini mengupas rintangan yang menghalang seorang da'ie untuk terus istiqamah dlm perjuangannya,dalam dakwahnya dan dalam gerak kerja islam.Hakikat ini memang banyak berlaku dalam senario dunia hari ini.Penulis menyajikan cara-cara mengatasi barah-barah yang kian menular di lubuk-lubuk hati dan diri pendakwah masa kini, menyediakan bahtera yang dapat menyelamatkan kita daripada terus hanyut di lautan bergelora tanpa pautan dan hilang arah tujuan untuk kembali ke dataran yang selamat.

 

Jika di selusuri 5 rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah, mukmin yang dengki, munafiq yang benci,kafir yg memerangi, syaitan yg menghasut dan nafsu yg menguasai,dilihat  dalam aspek kondisi hari ini dapat disimpulkan halangan-halangan yang memblok kebangkitan pendakwah adalah kebanyakannya berpunca daripada masalah dalaman sendiri di samping tidak menafikan halangan golongan munafiq dan kafir yang bertungkus lumus menyusun strategi untuk terus menghapuskan Islam.

 

Kondisi kita di malaysia tidak banyak berhadapan dengan konspirasi musuh kafir seperti pernah dihadapi oleh tokoh-tokoh gerakan islam, Assyahid Hassan Al-banna yang ditembak syahid,1949 semata-mata untuk membangkitkan kesedaran islam,ulama˘ ulung, Abdul Qadir ĦAudah diseret ke tali gantung,tokoh pemikir islam,Syed Qutb dihukum bunuh dengan fitnah ke atas Syed Qutb dan banyak lagi yang cukup membuktikan zalimnya tentangan kafir ke atas pejuang-pejuang Islam.

 

Sirah membuktikan kisah habil dan qabil,permusuhan dan pertelingkahan timbul akibat wujudnya buah-buah hasad,iri hati,busuk hati walaupun dalam satu keluarga sendiri.Tidak mustahil, mandomnya sebuah jemaah,runtuhnya sebuah kesatuan adalah adanya golongan api dalam sekam dalam jemaah itu sendiri.Golongan mu˘min yang dengki cukup membahayakan, method dan strategi dibocorkan sesuka hati seperti kisah Wan Norhayati yang telah membawa impak yang besar kepada jemaah di seluruh kampus. Akibatnya kita semakin ditekan oleh golongan munafiq yang sentiasa mencari peluang mencari kesalahan,bukti dan cara untuk melenyapkan kita.Apatah lagi kafir dengan penuh zalimnya memerangi islam di negara-negara islam seluruh dunia.

 

Rintangan yang maha hebat melanda seorang da'ie adalah rintangan nafsunya sendiri.Apabila nafsu menguasai akal dan hati, segala kefahaman lenyap dan nafsu menjadi juara dalam pertandingan melahirkan golongan yang futur dan muttasaqit ini.Nafsu apabila disepadukan dengan bisikan syaitan,ikatan konkrit ini cukup untuk menumbangkan peserta lain dalam pertandingan ini.Jelas di sini, nafsu dan syaitan adalah initial, rencah utama melahirkan golongan mukmin yang hasad dan munafiq yang benci kepada kita rentetan dari golongan yang muttasaqit dan futur.

 

            Da'ie perlu meletakkan kefahaman islam dan pejuangan di tempat teratas bukan dengan merajai nafsu.Da'ie perlu memiliki hati yang suci dan sihat,akal yang bersih dan jelas dan akhlak yang lurus dengan kesedaran. Check and balance kembali hati kita adakah hati kita masih hidup atau sudah mati.Hati yang masih hidup, ia masih boleh bergetar apabila terdengar alunan Kalamullah, zikrullah.Tiada ertinya jika da'ie tidak Ħabid dan berjiwa rabbani walaupun ilmu setinggi gunung.Wallahua'lam.

  

MAKLANG,

Sabak Bernam.


Posted at 06:48 pm by lauzaie

munirah_lauzaie
March 18, 2009   02:00 AM PDT
 
salam ukhwah...sahabat-sahabat syukran di atas artikel2 yang amat bermanfaat
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



lauzaie

CAHAYA LAUZAIE
kami mengalu-alukan BAHAN TARBIAH dari anda
Sila hubungi kami
melalui :
cahaya_lauzaie@yahoo.com
(^_^)
Ciri Dakwah Yang Realiti : >
  • Rabbaniyyah
  • Syumul dan lengkap
  • Pemberian suatu pembaharuan
  • Penyelarasan antara kebendaan/materialisme dan kerohanian
  • Mudah, keterbukaan dan logik (pada perkara tertentu)
  • Keadilan Islam
  • Berperinsip pada perkara utama agama



  •    





    << November 2006 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30




    View My Stats






    View My Stats





    BLOG INI MEMPUNYAI BAHAN-BAHAN BACAAN TARBIAH, BEKALAN DAKWAH DAN BAHAN PRAKTIKAL AMAL ISLAMI SECARA UMUM DAN MENCAPAH. DIHARAP KEHADIRAN BLOG INI MENJADI PERMATA DI CELAHAN BAHAN-BAHAN PICISAN INTERNET/WEB YANG SERING DIKUNJUNGI OLEH REMAJA MUTAKHIR INI. KAMI MENGHARAPKAN KEPADA PENGUNJUNG MENELITI JUGA BAHAN-BAHAN YANG TERDAHULU DALAM BLOG INI MELALUI BAHAGIAN 'NEXT' DIBAWAH.
    .:.:.:ALLAH BERSAMA KITA.:.:.:.





    Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed